Nukilan Kreatif Pujangga Melayu

                                     
   
Hanya Diriku Laman Kegemaranku Hubungi saya Ketenangan Jiwa Nukilan kreatif luahan rasa Bersama teman-teman Resepi Pilihan
   
                                     
   
 

Hanya Diriku

 
   
 

camar.gif

Kenali Diriku...

Nama : Julie Azita Binti Mohd Rosli
Nama samaran : Eita,Zieta,Jue,Julie
Alamat : Jinjang Utara,Kuala Lumpur
Asal : Pulau Pinang tapi kampung sekarang kat Kulim,Kedah
Umur : Berdasarkan tarikh lahir 6hb Ogos 1977
Pekerjaan : Pensyarah kolej swasta
 
 

Aku dilahirkan di Hospital Bersalin Pulau Pinang.Bermulalah kehidupanku.Aku mula dibesarkan di beberapa tempat namun masih lagi di kawasan utara.Ibu bapaku berasal dari Perak.Namun begitu,keluarga ibuku menetap di Kulim,Kedah.Aku anak sulung daripada 7 adik-beradik.Aku mula bersekolah rendah di Seberang Jaya.Waktu itu bapaku bekerja sebagai pelukis pelan manakala ibuku suri rumah sahaja.Masa silih berganti,aku mula mengikut keluargaku berpindah ke Bukit Mertajam,Seberang Perai Tengah.Aku bersekolah di sana sehinggalah aku bersekolah menengah.Setelah aku berada dalam tingkatan 3,bapaku membawa kami sekeluarga berpindah ke rumah baru di Kulim,Kedah.Namun,aku tetap bersekolah di Bukit Mertajam sehinggalah aku tamat tingkatan enam atas.Kemudian aku melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang.Setelah hampir 3 tahun aku berhempas pulas belajar ,akhirnya aku berjaya memiliki segulung ijazah pada Ogos 2000.Akhirnya,kota metropolitan inilah tempat untuk aku mencari rezeki berdasarkan kelulusan yang aku miliki.Pelbagai cabaran dan dugaan yang aku tempuh sepanjang kehidupanku.Cabaran dan dugaan itulah telah mematangkan aku dan menjadikan aku insan yang tidak pernah putus asa menempuh pancaroba duniawi.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah:216)


Lagu kesukaanku:
Tentulah dendangan KRU,Exist,Fauziah Latif,dan Misha Omar.

Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang,
walaupun dia tidak menyukai anda.

 

Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya,tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan
memperolehinya.




 
   
 

Copyright 2005 @ Julie Azita Mohd Rosli