Make your own free website on Tripod.com

Nukilan Kreatif Pujangga Melayu

Hanya Diriku Laman Kegemaranku Hubungi saya Ketenangan Jiwa Nukilan kreatif luahan rasa Bersama teman-teman Resepi Pilihan

Resepi Pilihan

Ayam Percik Pedas
 
Bahan-bahan:-
1 ekor ayam(bersihkan dan belah 12)
10 tangkai cili kering dikisar
1 biji bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
2cm halia dikisar
2 sudu kacang tanah dikisar kasar
2 sudu sos cili
2 sudu minyak untuk menumis
Garam,gula,dan serbuk perasa secukupnya.
 
Cara-caranya:-
1.Ayam digaulkan dengan serbuk kunyit,kemudian bakar hingga masak.
2.Panaskan minyak,tumis bahan-bahan yang telah dikisar hingga naik bau.
3.Masukkan sedikit air,sos cili,kacang tanah yang telah dikisar kasar,garam,gula,dan serbuk perasa secukupnya.
4.Apabila kuah agak pekat,angkat dan tuang atas ayam bakar tadi.Kemudian hidangkan.

      Lemak Nanas Sepat Masin

      Bahan-bahan:-

  • 2 biji nanas (buang kulit lalu dipotong kecil)
  • 5 ekor ikan sepat masin (dibersihkan lalu direndamkan sebentar)
  • 4 cawan santan pekat

      Bahan-bahan yang dikisar halus

  • 10 tangkai cili kering yang telah direbus
  • 5 ulas bawang merah
  • sedikit belacan

Cara-cara :-

  1. Masukkan nanas ke dalam periuk dan rebus bersama sedikit air.
  2. Setelah nanas empuk,buangkan airnya lalu masukkan bahan yang telah dikisar halus bersama santan dan ikan masin.
  3. Masak hingga ikan masin masak (masukkan perasa dengan secukupnya)
  4. Jangan biarkan santan mendidih terlalu lama,santan akan keluar minyak.
  5. Hias dan hidangkan.

comeagain.gif

Copyright 2005 @ Julie Azita Mohd Rosli